Aku kena demam DENGGI....

Sudah lama sgt rasanye tidak mencoret ape2 di blog aku nie. Xper aku ada cite pasal aku kena suspek denggi



Pada 22hb Ogos 2008...badan aku mengigi dan badan aku panas. Pada awal nye ingat demam biasa je tapi makin lama makin melarat sampai kepala aku x dpt nk angkat terlalu sakit n berat...

Aku pergi klinik kolej bersama housemate aku dan dibekal kn ubat panadol, tahan muntah dan vitamin jer. Tak beri ape2 kesan pun. Petang dalam pukul 6 lebih aku berkeras juga mahu pulang ke rumah aku di Gombak.

Dalam keadaan aku yg kurang sihat, sepanjang perjalanan aku dari Kolej ke KTM(Btg Benar) ke KL Sentral ke LRT Putra aku tido je. Xlarat aku dh time tu.

Sampai kt LRT Putra Taman Melati, time tu hujan ramai pula org menunggu teksi dan aku call rumah suruh sesiapa ambil aku di LRT. Kebetulan abg Emi aku ada dirumah dia yg dtg ambil aku.

Sampai dirumah muka aku merah dan badan aku panas sangat, abg emi htr aku ker hospital Kuala Lumpur malam tu juga. Bila dh check ngan doktor dia kata suspek denggi. 4 hari aku ulang alik ke hospital untuk check darah tgk platelet aku.

Setiap kali aku check, peratusan platelet aku semakin menurun dan doktor suruh minum byk air. Bergelen2 air aku minum tp sama jugak.

Akhirnya pada 27hb Ogos 2008 aku dimasukkn ke dalam wad di Hospital Kuala Lumpur disebabkn peratusan platelet aku bawah 100. Bosan giler kt wad tu. Pada mula nyer aku tggl di wad 18(wad active) tp ptg tu aku dipindahkn ke wad 8(wad stabil). Disitu la aku menginap selama 3 hari 2 malam.

Selama aku di wad aku telah dimasuk kn air sebyk 10 botol. Dan pada 29hb Ogos 2008, doktor mengesahkn peratusan platelet aku meningkat dan boleh balik....Alhamdulilah, waktu tu aku bersyukur sangat2 dapat keluar wad. Abg ipar aku ambil aku kt hospital.

itu la kisah nyer aku kena suspek denggi...
so, jaga la diri baik2 yer
byk kn la minum air yer...

SEKIAN